Habaroya Enterprise

Habaroya Enterprise

Monday, 23 June 2014

JOM MASAK IKAN KELI! MASAKAN TERBAIK IKAN KELI.

SEBELUM MASAK,
JOM DAPATKAN IKAN KELI TERBAIK DARI HABAROYA ENT.!
KAMI AKAN PASTIKAN IKAN KELI ITU SEGAR KHAS UNTUK ANDA!

RESEPI IKAN KELI HARI INI SUMBER DARI http://jintanmanis.com/
BOLEH CLICK LINK.



Ikan Keli Sambal Cili Merah
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
4 ekor ikan kelil saiz sederhana ( potong dua bahagian) kalau ikan tu kecil tak payah potong
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 biji cili merah
sedikit air asam jawa
4 biji cili padi ( boleh tambah jika mahu lebih pedas)
1/2 bji limau kasturi ( diperah jusnya)
1 sudu besar gula merah@nisang@gula 
2 sudu besar cili kisar ( cili boh)
sedikit belacan ( tak letak pun takpe)
sedikit hirisan bawang besar ( ni tak nak letak pun takpe)

- nak lebih wangi ros masukkan juga 1 batang kulit kayu manis.

( ikan keli di gaul dengan garam, kunyit dan sedikit tepung kentang@tepung beras, ketepikan, fungsi ros masukan sedikit tepung kanji kentang ni, supaya ikan keli lebih garing apabila siap digoreng)

Cara-caranya

1. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan toskan, kemudian  kisar halus bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan cili merah, masukan 1/2 cawan air supaya semua bahan mudah dikisar.

2. Selepas itu panaskan sedikit minyak dan masukan kulit kayu manis dan cili kisar, tumis hingga naik bau, baru masukkan bahan yang diblender tadi, masukkan juga gula merah dan garam, kacau selalu, setelah agak garing baru masukkan sedikit air asam jawa dan jus perahan limau kasturi, kacau sebati. sesuaikan rasa, masukkan garam. Biarkan sambal betul-betul masak dan agak pekat.


3. Akhir sekali masukkan  hirisan bawang besar dan kacau beberapa minit, curahkan sambal cili merah ini di atas ikan keli goreng tadi dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.




Nota: Kalau nak digaul terus ikan keli ni dengan sambal cili merah pun boleh, bila sambal cili merah  dah masak, masukkan terus semua ikan keli dan gaul sebati, ros lagi suke ditoppingkan kat atas je, sebab takut ikan keli  hancur bila banyak sangat di kacau dalam kuali tu nanti, ikutlah selera dan citarasa masing-masing ya.

No comments:

Post a Comment